Thursday, October 15, 2009

Kenanganku... BBM3214

KENANGAN TERINDAH


Bermulanya semester 6 maka bermulalah kuliah bangi subjek yang berlainan. Bila bermulanya semester baru...semuanya seperti awal. Kera kursus, mid-exam dan final exam. setiap bermula semester baru, mulalah semula. macam baru melahirkan anak. Mula dari awal. Huh...tak terkata apa lagi. Nak belajar macam inilah semua perlu dilalui. Saya fikir tidak mengapa. Demi kejayaan dan masa depan ku teruskan jua (hati kecil berdetik)

Semester 6 ni jumpa semula dengan Dr. Normaliza. Aku dah tahu banyak kerja yang akan dibuat. Sebab dah jumpa Dr. pada semester 5. He...he...he... Dr. jangan mare. Nanti tak leh beli kasut lagi. Lawak je. Hidup mesti ceirakan Dr. Betul tak? betul!!! Kemudian aku terfikir mesti ada tugasan kumpulan dan individu.

BETUL tekaan aku.(Cerdiknya!)

Seperti biasa kami diminta untuk tubuhkan kumpulan bukan kumpulan haram TETAPI buat kerja kumpulan.

Ada kerja individu yang perlu dibuat juge. Alamak! Bila Dr. terangkan je aku dah rasa macam - macam. Seperti tag line astro - MACAM - MACAM ADA.

Kerja individu tentang soal selidik. Pabila sahaja Dr. terangkan tu aku dah mula panik ada, risau ada, macam - macam lagi lah... Tanya kawan - kawan lain pun sama. Tak tahu nak mula dari mane. Bagi aku ini satu cabaran. Aku mesti teruskan jua. Bak kata pepatah "berakit - rakit dulu, berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dulu, bersenang - senang kemudian".

Kerja kumpulan juga banyaklah juga. Tak pernah - pernah aku sampai di rumah pukul 12 malam hingga 2 pagi, kali ini balik sangat lewat. TAPI aku bersyukur suami , anak - anak dan ibuku memahami. Tiba di rumah aku pun beritahu mereka walaupun ada riak keriasauan pada wajah mereka. Apabila aku beritahu perkara sebenar, mereka faham. Lebih ketara lagi bila aku sampai saja di rumah, air muka berubah. Hilanglah riak muka kerisauan.

Kuliah kali ini aku dan kawan - kawan diperkenalkan dengan teknologi baru. baru tak baru aku tak pasti. Ha ha ha. "Facebook". Tension aku dibuat bila "Facebook" aku tak boleh dibuka. Kawan - kawan lain sibuk mereka cipta pantun dan teka - teki. Aku..... Nasib baik ada kawan yang sudi membantu aku...Shahrul (Slomb) dan Fazli. Aku register sekali lagi. Akhirnya baru boleh buka "Facebook" Alhamdulillah! Apa lagi aku pun mula berpantun dan berteka -teki. Pening kepala beb! dalam masa 3 jam nak reka 20 pantun (dua kerat) dan teka - teki. Aku pun buat je. teka - teki aku kelakar lah rasanye. Namun aku berusaha untuk melakukannya.

Tapi kali ini tak pernah - pernah hidung berdarah. Berdarah. Jumpa Dr di klinik lagi. Kengkawan tau tak? Dr di klinik tu kata hidung berdarah ini biasanya kanak - kanak yang hidap. Orang dewasa tak de pun. Dr kata sama ada stress atau panas dalam. Bila difikirkan stress sebab macam - macam kerja nak dibuat. Jangan marah Dr ye... Apa pun Dr. terima kasih atas ilmu yang dberikan.

Aku berfikir positif walaupun bermacam - macam yang terjadi di Semester 6 ini. Apa yang aku lalui ini adalah pengalaman yang tidak boleh dikutip di mana - mana hatta di rumah. Suka...Duka...Pahit...Manis...Sedih...Gembira... susah untuk digambarkan.

Apa - apa pun kini kuliah Dr. sudah berakhir... TERIMA KASIH Dr. saya ucapkan atas ilmu yang Dr. berikan dan curahkan kepada saya. Jasamu akan kukenang selama - lamanya...



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang jua.


Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.


Pergi ke kedai beli mi,
Semua kesalahan harap dimaafi.
(reka sendiri ni DR.)


p/s bahasa yang saya guna ini adalah juga dengan ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Arba'ie ( Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu)