Thursday, October 15, 2009

Kenanganku... BBM3214

KENANGAN TERINDAH


Bermulanya semester 6 maka bermulalah kuliah bangi subjek yang berlainan. Bila bermulanya semester baru...semuanya seperti awal. Kera kursus, mid-exam dan final exam. setiap bermula semester baru, mulalah semula. macam baru melahirkan anak. Mula dari awal. Huh...tak terkata apa lagi. Nak belajar macam inilah semua perlu dilalui. Saya fikir tidak mengapa. Demi kejayaan dan masa depan ku teruskan jua (hati kecil berdetik)

Semester 6 ni jumpa semula dengan Dr. Normaliza. Aku dah tahu banyak kerja yang akan dibuat. Sebab dah jumpa Dr. pada semester 5. He...he...he... Dr. jangan mare. Nanti tak leh beli kasut lagi. Lawak je. Hidup mesti ceirakan Dr. Betul tak? betul!!! Kemudian aku terfikir mesti ada tugasan kumpulan dan individu.

BETUL tekaan aku.(Cerdiknya!)

Seperti biasa kami diminta untuk tubuhkan kumpulan bukan kumpulan haram TETAPI buat kerja kumpulan.

Ada kerja individu yang perlu dibuat juge. Alamak! Bila Dr. terangkan je aku dah rasa macam - macam. Seperti tag line astro - MACAM - MACAM ADA.

Kerja individu tentang soal selidik. Pabila sahaja Dr. terangkan tu aku dah mula panik ada, risau ada, macam - macam lagi lah... Tanya kawan - kawan lain pun sama. Tak tahu nak mula dari mane. Bagi aku ini satu cabaran. Aku mesti teruskan jua. Bak kata pepatah "berakit - rakit dulu, berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dulu, bersenang - senang kemudian".

Kerja kumpulan juga banyaklah juga. Tak pernah - pernah aku sampai di rumah pukul 12 malam hingga 2 pagi, kali ini balik sangat lewat. TAPI aku bersyukur suami , anak - anak dan ibuku memahami. Tiba di rumah aku pun beritahu mereka walaupun ada riak keriasauan pada wajah mereka. Apabila aku beritahu perkara sebenar, mereka faham. Lebih ketara lagi bila aku sampai saja di rumah, air muka berubah. Hilanglah riak muka kerisauan.

Kuliah kali ini aku dan kawan - kawan diperkenalkan dengan teknologi baru. baru tak baru aku tak pasti. Ha ha ha. "Facebook". Tension aku dibuat bila "Facebook" aku tak boleh dibuka. Kawan - kawan lain sibuk mereka cipta pantun dan teka - teki. Aku..... Nasib baik ada kawan yang sudi membantu aku...Shahrul (Slomb) dan Fazli. Aku register sekali lagi. Akhirnya baru boleh buka "Facebook" Alhamdulillah! Apa lagi aku pun mula berpantun dan berteka -teki. Pening kepala beb! dalam masa 3 jam nak reka 20 pantun (dua kerat) dan teka - teki. Aku pun buat je. teka - teki aku kelakar lah rasanye. Namun aku berusaha untuk melakukannya.

Tapi kali ini tak pernah - pernah hidung berdarah. Berdarah. Jumpa Dr di klinik lagi. Kengkawan tau tak? Dr di klinik tu kata hidung berdarah ini biasanya kanak - kanak yang hidap. Orang dewasa tak de pun. Dr kata sama ada stress atau panas dalam. Bila difikirkan stress sebab macam - macam kerja nak dibuat. Jangan marah Dr ye... Apa pun Dr. terima kasih atas ilmu yang dberikan.

Aku berfikir positif walaupun bermacam - macam yang terjadi di Semester 6 ini. Apa yang aku lalui ini adalah pengalaman yang tidak boleh dikutip di mana - mana hatta di rumah. Suka...Duka...Pahit...Manis...Sedih...Gembira... susah untuk digambarkan.

Apa - apa pun kini kuliah Dr. sudah berakhir... TERIMA KASIH Dr. saya ucapkan atas ilmu yang Dr. berikan dan curahkan kepada saya. Jasamu akan kukenang selama - lamanya...



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang jua.


Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.


Pergi ke kedai beli mi,
Semua kesalahan harap dimaafi.
(reka sendiri ni DR.)


p/s bahasa yang saya guna ini adalah juga dengan ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Arba'ie ( Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu)

Tuesday, September 1, 2009

Kejadian yang mengerikan dan menyedihkan.

Kejadian ngeri yang menyebabkan kematian. Kemalangan ini berlaku di Lebuh raya Persekutuan. Bapanya meninggal dunia. Ibu dan anak dimasukkan ke ICU. Murid itu ialah murid sekolah saya.

Mengapakah ini boleh terjadi? Kecuaian dan kelalaian kita apabila berada di atas jalan raya. Yang menjadi mangsa orang lain.

Paling menyedihkan mereka sekeluarga ingin membeli persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Tapi... apakan daya. Aidilfitri tahun ini disambut tanpa orang yang tersayang. Aduh, sedihnya!

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah tiada. Amin.

Sunday, August 16, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI...

Hari silih berganti,
Yang datang dan yang pergi,
Sekarang muncul kembali
Ramadhan bulan yang dinanti.

Keberkatan Ramadhan diketahui,
Namun ia terbiar sepi,
Marilah kita penuhi,
Amalan di bulan Ramadhan ini.

Jangan dibiar sepi,
Sambutlah kedatangannya yang dinanti,
Moga bertambah amalan di tahun ini,
Tahun hadapan belum tentu lagi.

Friday, August 14, 2009

Nyawa lagi blog saya... he..he...he...

Untuk semester ni Dr. minta kami pelajar eksekutif sem 6 agar 'update' blog. Nak 'update' blog ni......nak cerita ape yek.......


Nak cerita tentang isu sekaranglah.. H1N1.

H1N1 mendapat liputan yang luas sama ada di dada akhbar atau berita di televisyen.

Kini H1N1 makin merebak di Malaysia. Takut rasanye. Makin hari makin banyak yang meninggal dunia. Dalam satu hari je hingga 9 orang meninggal dunia. Alamak! Antara orang yang mudah dijangkiti ialah wanita hamil, bayi, aorang yang mengidap asma, obesiti. Namun yang meninggal dunia ada dalam kalangan wanita hamil dan kanak - kanak.

Selain itu, wabak H1N1 ini juga ada simptom - simptom yang boleh dikenal pasti. Antaranya demam, batuk, sesak nafas, dan sakit tekak. Jikalau anda ada sipmtom - simptim tersebut segeralah ke klinik.

Cerita tentang H1N1 ini juga menyebabkan banyak orang memakai topeng hidung. Oleh itu, larislah jualan topeng hidung ini. Ini adalah antara langkah - langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini mudah berjangkit. Selain itu, kita juga perlulah menjaga kebersihan diri. Marilah kita sama - sama menjaga kebersihan diri. Ini selaras dengan saranan dalam agama Islam.

Sekarang ini juga bayak murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah kerana ada yang demam, batuk. Walaupun tidak ada simptom H1N1 namun ini hanyalah untuk keselamatan diri. Orraaitttt.......

Sebagai rumusannya kita renung - renungkanlah mengapa penyakit yang tidak disangka - sangka kini muncul. Akibatnya mengerikan.

Wednesday, April 29, 2009

PENGHARGAAN

Saya Intan Zahrani binti Ishak ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Normaliza kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membuat blog ini. Segala ilmu yang dicurahkan oleh beliau akan saya kenang sampai bila - bila. Banyak yang saya pelajari dalam kelas beliau. Walaupun pada awalnya ada rintangan yang menghalang, iaitu tidak dapat mencipta blog di makmal komputer dalam kelasnya. Beliau tidak berputus asa. Beliau meminta kami untuk mencuba mencipta blog pada malam itu juga. Saya dan kawan - kawan terus berusaha dan terus berusaha. Tetapi tidak berjaya. Saya dan kawan - kawan agak kecewa. Begitu juga dengan Dr. Normaliza. Beliau memberikan ilmunya dan kami mencipta laman blog ini di rumah. Akhirnya berjaya. YAHOO!!! Itulah Dr. Normaliza.
Inilah hasilnya. Inilah blog saya.
Alhamdulillah!
Syukur kepada Allah.




Wednesday, April 22, 2009

Cara Lipat Baju

Mudahnyeee nak lipat baju. Ikutlah langkah - langkahnyeee....Kah! Kah!Kah!



Tuesday, April 21, 2009

Lapangkan dada anda dengan membaca LAWAK ini.

Esok baru Cabut!!!

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.

Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..”

Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya.

Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”Terkejut besarlah kedua pengantin tu.

Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

---- sumbangan: Tori

Baca dan Ketawalah untuk menghilangkan stress

Penculik

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu: (takut).. hello...

Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????

Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..

Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..

Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...

Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....

Noname: Apa??

Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...

Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...Ibu: (malu)......

sumbangan: penarik beca

SAJAK - 'GURU O GURU'


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Monday, April 20, 2009

Nyanyikan lagu ini dengan penuh semangat.

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, Membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Petua. Menarik untuk anda.

Melangsingkan badan.

Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:

1- Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar
3-Sebiji limau nipis

Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum. malkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.



Hilangkan Lemak

anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian. air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

Dipetik daripada : Azam Famili Dot Com

Stress ??? Bacalah dan amalkan.........

ATASI STRESS DENGAN SEBAIK - BAIKNYE..... JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DALAM STRESS.

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), banyak kerja atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antaranya:

1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stress yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stress.

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Ketawalah seadanye.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Friday, April 17, 2009

Lamunan Puitis sebuah trilogi - Shahnon Ahmad

Lamunan Puitis Sebuah Trilogi
Penulis: Shahnon Ahmad
Penerbit: DBP No. KK: 899 98335101 No. ISBN: 983 6275428
Tahun Terbitan: 2003 Harga Buku: RM12.00

Buku ini saya apabila diminta untuk menyiapkan kertas kerja oleh pensyarah saya. Pada mulanya sukar untuk saya membacanya tetapi lama - kelamaan menarik untuk dibaca. Walaupun ada tiga buah cerita dalam sebuah buku namun sangat menarik. Untuk membacanya perlukan penumpuan dan ketekunan bila membaca buku SN Shahnon Ahmad. Novel ini telah muncul sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2002/2003 genre novel.

Wow! hebatnya karya terbaru SN Dato’Shahnon Ahmad ini kerana berjaya menewaskan 76 novel lain yang turut dicalonkan! Apabila helaian demi helaian mula dibuka dan novel ini mula dibaca, ternyata buku ini memang satu karya hebat sehebat nama pengarangnya dan juga sehebat tajuk novelnya.

Lamunan Puitis memang benar-benar puitis. Malah setiap baris ayat dalam novel ini digubah dengan begitu puitis bagai membaca satu puisi panjang.

Novel ini mengandungi 3 novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk Sebuah Mimpi Hari Tua mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.

Novel kedua bertajuk Titipan mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya.

Novel yang terakhir bertajuk Embun. Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jatidiri dan cuba memisahkan diri dari `jemaah hujan'.

Bacalah novel ini!
Bacalah "saya"

Kartun di Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kartun mengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon". Agak berbeza dengan komik, kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya kartun berada diluar logik akal.

Sejarah perkartunan di Malaysia berlaku sebelum kemerdekaannya. Ia bermula selaras dengan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar dalam tulisan Jawi dan Rumi seperti Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu dan sebagainya. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam kartun di tanah air pada masa itu yang diketahui ialah Osman Kangkung, Saidin Yahya. Selepas era kemerdekaan, peranan filem dan pentas bangsawan memainkan peranan dalam sebagai media hiburan. Lawak jenaka pentas bangsawan berunsur "comical scetches". Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura (hanya 2 buah )yang membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris turut mengadakan ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan seniwati dari para peminat filem-filem Melayu.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin bagi kartunis-kartunis tanah air waktu itu. Nama-nama kartunis yang lahir melalui majalah filem seperti Rejabhad, Lat, Mishar, Rossem, R.Hamzah, Hussain Saad, Kassim (Mojo) dan ramai lagi dari pelbagai lapisan kerjaya. Rejabhad merupakan kartunis dari pasukan askar Melayu, manakala Rossem pula dari Pasukan Polis Hutan.Ada yang sepenuh masa sebagai pelukis.

Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano,Dandy dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis berkarya termasuk Mishar, Don, Kerengge, Long (sekadar menyebut beberapa nama) sehingga ia ditutup.

Majalah BUJAL terbitan Rizalman melalui Raz Studio adalah contoh sebuah majalah kartun yang mendapat tempat di hati kanak-kanak dan pembaca pada tahun 1980an. Kerekter Bujal yang dicipta Rizalman dan Bujil oleh Nasah masih diingati hingga sekarang. Pun begitu, karekter Bambino melalui majalah BAMBINO adalah ikon-ikon pada masa itu. Ikon-ikon lain seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB) akan terus berada di bibir peminat kartun.
Semoga anda memperoleh sesuatu...
Comelnyeeee...

Comelnyee...

Foto comel untuk dilihat...


Pantun adalah puisi Melayu lama yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.

Pantun dari filem-filem Melayu klasik

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu
(Filem Seri Mersing)

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(Filem Gurindam Jiwa - 1966)

Burung nuri burung helang
Tidak sama terbang tinggi
Sekarang puteri berangkat pulang
Bila pula berjumpa lagi

Kain buruk tepi perigi
Dibuat orang pengesat belanga
Esok kita berjumpa lagi
Tunggulah Teja di taman bunga
(Filem Hang Tuah - 1956)

Rukun Negara

Hayatilah...

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang – undang


Kesopanan dan Kesusilaan