Thursday, October 15, 2009

Kenanganku... BBM3214

KENANGAN TERINDAH


Bermulanya semester 6 maka bermulalah kuliah bangi subjek yang berlainan. Bila bermulanya semester baru...semuanya seperti awal. Kera kursus, mid-exam dan final exam. setiap bermula semester baru, mulalah semula. macam baru melahirkan anak. Mula dari awal. Huh...tak terkata apa lagi. Nak belajar macam inilah semua perlu dilalui. Saya fikir tidak mengapa. Demi kejayaan dan masa depan ku teruskan jua (hati kecil berdetik)

Semester 6 ni jumpa semula dengan Dr. Normaliza. Aku dah tahu banyak kerja yang akan dibuat. Sebab dah jumpa Dr. pada semester 5. He...he...he... Dr. jangan mare. Nanti tak leh beli kasut lagi. Lawak je. Hidup mesti ceirakan Dr. Betul tak? betul!!! Kemudian aku terfikir mesti ada tugasan kumpulan dan individu.

BETUL tekaan aku.(Cerdiknya!)

Seperti biasa kami diminta untuk tubuhkan kumpulan bukan kumpulan haram TETAPI buat kerja kumpulan.

Ada kerja individu yang perlu dibuat juge. Alamak! Bila Dr. terangkan je aku dah rasa macam - macam. Seperti tag line astro - MACAM - MACAM ADA.

Kerja individu tentang soal selidik. Pabila sahaja Dr. terangkan tu aku dah mula panik ada, risau ada, macam - macam lagi lah... Tanya kawan - kawan lain pun sama. Tak tahu nak mula dari mane. Bagi aku ini satu cabaran. Aku mesti teruskan jua. Bak kata pepatah "berakit - rakit dulu, berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dulu, bersenang - senang kemudian".

Kerja kumpulan juga banyaklah juga. Tak pernah - pernah aku sampai di rumah pukul 12 malam hingga 2 pagi, kali ini balik sangat lewat. TAPI aku bersyukur suami , anak - anak dan ibuku memahami. Tiba di rumah aku pun beritahu mereka walaupun ada riak keriasauan pada wajah mereka. Apabila aku beritahu perkara sebenar, mereka faham. Lebih ketara lagi bila aku sampai saja di rumah, air muka berubah. Hilanglah riak muka kerisauan.

Kuliah kali ini aku dan kawan - kawan diperkenalkan dengan teknologi baru. baru tak baru aku tak pasti. Ha ha ha. "Facebook". Tension aku dibuat bila "Facebook" aku tak boleh dibuka. Kawan - kawan lain sibuk mereka cipta pantun dan teka - teki. Aku..... Nasib baik ada kawan yang sudi membantu aku...Shahrul (Slomb) dan Fazli. Aku register sekali lagi. Akhirnya baru boleh buka "Facebook" Alhamdulillah! Apa lagi aku pun mula berpantun dan berteka -teki. Pening kepala beb! dalam masa 3 jam nak reka 20 pantun (dua kerat) dan teka - teki. Aku pun buat je. teka - teki aku kelakar lah rasanye. Namun aku berusaha untuk melakukannya.

Tapi kali ini tak pernah - pernah hidung berdarah. Berdarah. Jumpa Dr di klinik lagi. Kengkawan tau tak? Dr di klinik tu kata hidung berdarah ini biasanya kanak - kanak yang hidap. Orang dewasa tak de pun. Dr kata sama ada stress atau panas dalam. Bila difikirkan stress sebab macam - macam kerja nak dibuat. Jangan marah Dr ye... Apa pun Dr. terima kasih atas ilmu yang dberikan.

Aku berfikir positif walaupun bermacam - macam yang terjadi di Semester 6 ini. Apa yang aku lalui ini adalah pengalaman yang tidak boleh dikutip di mana - mana hatta di rumah. Suka...Duka...Pahit...Manis...Sedih...Gembira... susah untuk digambarkan.

Apa - apa pun kini kuliah Dr. sudah berakhir... TERIMA KASIH Dr. saya ucapkan atas ilmu yang Dr. berikan dan curahkan kepada saya. Jasamu akan kukenang selama - lamanya...



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang jua.


Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.


Pergi ke kedai beli mi,
Semua kesalahan harap dimaafi.
(reka sendiri ni DR.)


p/s bahasa yang saya guna ini adalah juga dengan ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Arba'ie ( Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu)

Tuesday, September 1, 2009

Kejadian yang mengerikan dan menyedihkan.

Kejadian ngeri yang menyebabkan kematian. Kemalangan ini berlaku di Lebuh raya Persekutuan. Bapanya meninggal dunia. Ibu dan anak dimasukkan ke ICU. Murid itu ialah murid sekolah saya.

Mengapakah ini boleh terjadi? Kecuaian dan kelalaian kita apabila berada di atas jalan raya. Yang menjadi mangsa orang lain.

Paling menyedihkan mereka sekeluarga ingin membeli persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Tapi... apakan daya. Aidilfitri tahun ini disambut tanpa orang yang tersayang. Aduh, sedihnya!

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah tiada. Amin.

Sunday, August 16, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI...

Hari silih berganti,
Yang datang dan yang pergi,
Sekarang muncul kembali
Ramadhan bulan yang dinanti.

Keberkatan Ramadhan diketahui,
Namun ia terbiar sepi,
Marilah kita penuhi,
Amalan di bulan Ramadhan ini.

Jangan dibiar sepi,
Sambutlah kedatangannya yang dinanti,
Moga bertambah amalan di tahun ini,
Tahun hadapan belum tentu lagi.

Friday, August 14, 2009

Nyawa lagi blog saya... he..he...he...

Untuk semester ni Dr. minta kami pelajar eksekutif sem 6 agar 'update' blog. Nak 'update' blog ni......nak cerita ape yek.......


Nak cerita tentang isu sekaranglah.. H1N1.

H1N1 mendapat liputan yang luas sama ada di dada akhbar atau berita di televisyen.

Kini H1N1 makin merebak di Malaysia. Takut rasanye. Makin hari makin banyak yang meninggal dunia. Dalam satu hari je hingga 9 orang meninggal dunia. Alamak! Antara orang yang mudah dijangkiti ialah wanita hamil, bayi, aorang yang mengidap asma, obesiti. Namun yang meninggal dunia ada dalam kalangan wanita hamil dan kanak - kanak.

Selain itu, wabak H1N1 ini juga ada simptom - simptom yang boleh dikenal pasti. Antaranya demam, batuk, sesak nafas, dan sakit tekak. Jikalau anda ada sipmtom - simptim tersebut segeralah ke klinik.

Cerita tentang H1N1 ini juga menyebabkan banyak orang memakai topeng hidung. Oleh itu, larislah jualan topeng hidung ini. Ini adalah antara langkah - langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini mudah berjangkit. Selain itu, kita juga perlulah menjaga kebersihan diri. Marilah kita sama - sama menjaga kebersihan diri. Ini selaras dengan saranan dalam agama Islam.

Sekarang ini juga bayak murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah kerana ada yang demam, batuk. Walaupun tidak ada simptom H1N1 namun ini hanyalah untuk keselamatan diri. Orraaitttt.......

Sebagai rumusannya kita renung - renungkanlah mengapa penyakit yang tidak disangka - sangka kini muncul. Akibatnya mengerikan.

Wednesday, April 29, 2009

PENGHARGAAN

Saya Intan Zahrani binti Ishak ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Normaliza kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membuat blog ini. Segala ilmu yang dicurahkan oleh beliau akan saya kenang sampai bila - bila. Banyak yang saya pelajari dalam kelas beliau. Walaupun pada awalnya ada rintangan yang menghalang, iaitu tidak dapat mencipta blog di makmal komputer dalam kelasnya. Beliau tidak berputus asa. Beliau meminta kami untuk mencuba mencipta blog pada malam itu juga. Saya dan kawan - kawan terus berusaha dan terus berusaha. Tetapi tidak berjaya. Saya dan kawan - kawan agak kecewa. Begitu juga dengan Dr. Normaliza. Beliau memberikan ilmunya dan kami mencipta laman blog ini di rumah. Akhirnya berjaya. YAHOO!!! Itulah Dr. Normaliza.
Inilah hasilnya. Inilah blog saya.
Alhamdulillah!
Syukur kepada Allah.




Wednesday, April 22, 2009

Cara Lipat Baju

Mudahnyeee nak lipat baju. Ikutlah langkah - langkahnyeee....Kah! Kah!Kah!



Tuesday, April 21, 2009

Lapangkan dada anda dengan membaca LAWAK ini.

Esok baru Cabut!!!

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.

Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..”

Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya.

Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”Terkejut besarlah kedua pengantin tu.

Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

---- sumbangan: Tori