Friday, April 17, 2009

Lamunan Puitis sebuah trilogi - Shahnon Ahmad

Lamunan Puitis Sebuah Trilogi
Penulis: Shahnon Ahmad
Penerbit: DBP No. KK: 899 98335101 No. ISBN: 983 6275428
Tahun Terbitan: 2003 Harga Buku: RM12.00

Buku ini saya apabila diminta untuk menyiapkan kertas kerja oleh pensyarah saya. Pada mulanya sukar untuk saya membacanya tetapi lama - kelamaan menarik untuk dibaca. Walaupun ada tiga buah cerita dalam sebuah buku namun sangat menarik. Untuk membacanya perlukan penumpuan dan ketekunan bila membaca buku SN Shahnon Ahmad. Novel ini telah muncul sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2002/2003 genre novel.

Wow! hebatnya karya terbaru SN Dato’Shahnon Ahmad ini kerana berjaya menewaskan 76 novel lain yang turut dicalonkan! Apabila helaian demi helaian mula dibuka dan novel ini mula dibaca, ternyata buku ini memang satu karya hebat sehebat nama pengarangnya dan juga sehebat tajuk novelnya.

Lamunan Puitis memang benar-benar puitis. Malah setiap baris ayat dalam novel ini digubah dengan begitu puitis bagai membaca satu puisi panjang.

Novel ini mengandungi 3 novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk Sebuah Mimpi Hari Tua mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.

Novel kedua bertajuk Titipan mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya.

Novel yang terakhir bertajuk Embun. Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jatidiri dan cuba memisahkan diri dari `jemaah hujan'.

Bacalah novel ini!

No comments:

Post a Comment