Kejadian ngeri yang menyebabkan kematian. Kemalangan ini berlaku di Lebuh raya Persekutuan. Bapanya meninggal dunia. Ibu dan anak dimasukkan ke ICU. Murid itu ialah murid sekolah saya.
Mengapakah ini boleh terjadi? Kecuaian dan kelalaian kita apabila berada di atas jalan raya. Yang menjadi mangsa orang lain.
Paling menyedihkan mereka sekeluarga ingin membeli persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Tapi... apakan daya. Aidilfitri tahun ini disambut tanpa orang yang tersayang. Aduh, sedihnya!
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah tiada. Amin.
Alahai BBM 3412...
15 years ago
Kes kemalangan lazimnya akan meningkat menjelang musim perayaan. Namun seperti iklan yang ditayangkan, anda mampu mengubah segalanya.
ReplyDeleteBerwaspada.
Berhati-hati.
Itu satu kemestian.
sedihkan apabila kita kehilangan orang yang tersayang. Arwah mak saya dulu pun meninggal disebabkan kemalangan. Kereta yang dipandu adik terbabas masuk gaung. Malang tak berbau...sentiasalah berwaspada semasa di jalan raya terutama pada musim perayaan ini. Apa yang dilakukan sentiasalah ingatkan orang yang tersayang
ReplyDeleteMalang tidak berbau
ReplyDeleteberwaspada selalu
itulah yang kita dapat lakukan
untuk orang lain
dan kita sendiri
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA !
ReplyDeletememang kita patut berhati-hati di jalan raya. semoga sesiapa yang akan balik kampung cuti raya ini boleh berhati-hati. lambat biar lambat asalnya selamat.
ReplyDeleteMalang memang tidak berbau...
ReplyDeleteAnda mampu mengelaknya...(Iklan )
Namun kadang2 kemampuan manusia tak mampu melawan takdir tuhan...
Abang Ipar akak terlibat dalam kemalngan musim perayaan Aidilfitri, waktu pulang dari pejabat.
Kesannya... anak2 dan balunya tak pernah menikmati kegembiraan hari raya dalam erti sebenar kerana setiap kali perayaan ini disambut setiap kali itulah kenangan tentang tragedi menyengat ingatan. Moga keluarga itu tabah menghadapi realiti kehidupan....