Hari silih berganti,
Yang datang dan yang pergi,
Sekarang muncul kembali
Ramadhan bulan yang dinanti.
Keberkatan Ramadhan diketahui,
Namun ia terbiar sepi,
Marilah kita penuhi,
Amalan di bulan Ramadhan ini.
Jangan dibiar sepi,
Sambutlah kedatangannya yang dinanti,
Moga bertambah amalan di tahun ini,
Tahun hadapan belum tentu lagi.
Alahai BBM 3412...
15 years ago
Ramadhan yang merangkak mendatangi kita
ReplyDeletedan berlari meninggalkan sisa
bersama perjalanan usia
yang semakin menghampiri noktahnya.
Ayuh kita menghabat ramadhan ini
sepenuh jiwa raga
memohon hidayah dari yang esa
Pungutlah setiap titis keberkatan yang dicurahkanNya
Pohonlah seluruh keampunan yang dihulurkanNya
Dan carilah segala limpah rahmat yang di himpunkanNya
Moga kita diantara insan yang beruntung di sisi Yang Maha Kaya
Ramadhan,
ReplyDeleteRamadhan bulan berganda,
nafsu berganda,
pahala berganda,
semuanya bermaharajalela,
jika tidak deselia.
Ramadhan bulan keberkatan,
menggilap hati nurani,
melumpuhkan nafsu hitam hakiki,
bukan lapar semata-mata,
jihad kepada yang Maha Esa.
Ramadhan bulan kemenangan,
bertambah amalan,
sempurna perlaksanaan,
itu menjadi tuntutan,
kesempurnaan insan.
Ramadhan menjengah kembali
ReplyDeleteMembawa segunung kemanisan yang tersimpan
Membawa selaut kerahmatan yang tersergam
Menjanjikan sinar yang terang
Menerangi perjalanan abadi nanti
Sujudku
Syukurku
Kerna DIA
Mengizinkan
Bertemu Ramadhan lagi
Luangkan
Lapangkan
Tingkatkan Kekuatan
Dalam menggapai semua
Kandungan yang Ramadhan
agar iman tebal ganjaran
Ramadhan bulan mulia
ReplyDeletePelbagai tanggapan di dada
Ada yang menyambut kedatanganmu
dengan penuh kesyukuran dan keimanan
ada yang menyambut kehadiranmu
dengan penuh azab di dada dan mencurigakan
Sesungguhnya
ramadahan bulan mulia yang banyak nikmat
Pelbagai kebahagiaan mengiringimu
Kesucian diri dapat diselami denganmu
Kedangkalan membutakan kemunculanmu
Kerana..hanya jauhari mengenal manikam
Umat Islam
ReplyDeleteAmat bertuah sekali
Menyambut Ramadhan yang diberkati
Bulan yang ditunggui
Manusia jangan ragui
Kebaikan yang akan dikecapi
Ramadhan
Bulan menghapus dosa
Mengajar manusia erti kesabaran
Membanyakkan amal kebaikan
Taburi benih kebajikan
Berpuasa yang diwajibkan
almubarak
ReplyDeleteramadhan yang penuh rahmat
penuh keberkatan
berganda segala amalan
bagi insan yang mengetahui
pasti tidak akan melepasi setiap
detik indah di bulan ramadhan
bagi yang terlena
pasti mengalami kerugian
adakah ramadhan
akan menemuinya lagi
dalam redha dan iman
ramadhan
rahmat mu menyelubungi
segenap ruang
setiap insan
yang menghargai
anugerah dari
Yang Maha Esa
moga bertemu lagi
wahai bulan yang terindah..
Ramadan datang lagi
ReplyDeleteSyukur padamu Ilahi
Aku masih dikasihi
Diberi peluang menikmati ramadan ini
Ramadan bulan mulia
Bulan penuh kebarakahan
Kedatanganmu ditunggui
Untuk menggandakan segala amalan
Mencapai pahala sebanyak mungkin
Setahun hanya sekali
Kau hadir membawa rahmat
Ramadan bulan suci
Menguji keimanan di hati
Ramadan datang lagi
Rebutlah peluang ini
Untuk meningkatkan ketakwaan pada Ilahi
Membersihkan jiwa nurani
agar terhapus segala dosa
Yang datang pasti pergi
Hargailah peluang ini
Semoga kita mendapat kerahmatan
Di bulan yang mulia ini