Friday, August 14, 2009

Nyawa lagi blog saya... he..he...he...

Untuk semester ni Dr. minta kami pelajar eksekutif sem 6 agar 'update' blog. Nak 'update' blog ni......nak cerita ape yek.......


Nak cerita tentang isu sekaranglah.. H1N1.

H1N1 mendapat liputan yang luas sama ada di dada akhbar atau berita di televisyen.

Kini H1N1 makin merebak di Malaysia. Takut rasanye. Makin hari makin banyak yang meninggal dunia. Dalam satu hari je hingga 9 orang meninggal dunia. Alamak! Antara orang yang mudah dijangkiti ialah wanita hamil, bayi, aorang yang mengidap asma, obesiti. Namun yang meninggal dunia ada dalam kalangan wanita hamil dan kanak - kanak.

Selain itu, wabak H1N1 ini juga ada simptom - simptom yang boleh dikenal pasti. Antaranya demam, batuk, sesak nafas, dan sakit tekak. Jikalau anda ada sipmtom - simptim tersebut segeralah ke klinik.

Cerita tentang H1N1 ini juga menyebabkan banyak orang memakai topeng hidung. Oleh itu, larislah jualan topeng hidung ini. Ini adalah antara langkah - langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini mudah berjangkit. Selain itu, kita juga perlulah menjaga kebersihan diri. Marilah kita sama - sama menjaga kebersihan diri. Ini selaras dengan saranan dalam agama Islam.

Sekarang ini juga bayak murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah kerana ada yang demam, batuk. Walaupun tidak ada simptom H1N1 namun ini hanyalah untuk keselamatan diri. Orraaitttt.......

Sebagai rumusannya kita renung - renungkanlah mengapa penyakit yang tidak disangka - sangka kini muncul. Akibatnya mengerikan.

1 comment:

  1. Wabak H1N1 memang menakutkan, ramai orang telah meninggal dunia sebab wabak ini. Harap semua orang boleh memakai topeng keselamatan demi kesihatan diri dan kesihatan orang lain.Semoga sihat.

    ReplyDelete